Program 10 Minit Membaca
26 April 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 25 April 2017, JKK Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Program 10 minit membaca dengan kerjasama JKK Masjid, Kospen, Perpustakaan Desa dan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia. Program ini dijalankan adalah untuk memupuk sifat membaca dalam kalangan komuniti selaras dengan usaha kerajaan johor untuk meningkat golongan celik ilmu. Program ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Program ini adalah usaha kerajaan Johor dan setiap tempat di negeri johor telah jalankan program 10 minit membaca ini. Tempat bagi program ini dijalankan adalah di Perpustakaan Desa Kampung Semangar Dalam. Seramai 120 komuniti telah turut serta dalam program ini untuk menjayakan program 10 minit membaca ini. Pihak kospen juga turut membuka booth yang menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Pihak Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia juga membantu menjayakan program ini dengan mengajak komuniti untuk serta dalam program ini. Program ini dirasmikan oleh ketua kampung Semangar Dalam iaitu En. Jasmani bin Sathar. Setelah program berakhir, pihak JKK Kampung Semangar juga menyediakan sedikit makanan dan minuman untuk komuniti yang terlibat dalam program 10 minit membaca.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: